Cara Mohon MySafeTravel VTL-Land

Cara Mohon MySafeTravel VTL-Land : Mohon Perjalanan Untuk Ke Singapura

Spread the love

Cara Mohon MySafeTravel VTL-Land

Bermula 29 November 2021, kerajaan Malaysia dan Singapura bakal melakukan kerjasama bagi melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin – Laluan Darat (VTL-Land). Kerjasama ini dilakukan kerana kadar vaksinasi 90 peratus populasi dewasa Malaysia dan Singapura yang telah memberi peluang untuk pembukaan semula sempadan darat secara berperingkat dan selamat.

Berikut adalah maklumat lengkap berkenaan pembukaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Darat (VTL-Land) Malaysia – Singapura :

Apakah VTL-Land?

VTL-Land adalah satu inisiatif di peringkat kerajaan Malaysia dan Singapura untuk melancarkan pergerakan rentas sempadan tanpa kuarantin, integrasi protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen.

Program VTL-Land ini dihadkan kepada pengangkutan bas sahaja, dibenarkan untuk warganegara Malaysia, Singapura yang telah lengkap divaksin.

Kerajaan Malaysia dan Singapura setuju kuota harian VTL-Land tidak melebihi 1,500 pengembara pada peringkat permulaan.

vtl-land mohon mysafetravel

Apakah MySafeTravel?

MySafeTravel adalah sistem yang dibangunkan oleh MyEG Services Sdn Bhd untuk menjalankan tugas membuat kutipan bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan tujuan mempercepatkan proses kutipan dan mengurangkan penggunaan tunai.

Cara Guna MySafeTravel-VTL

Permohonan di dalam sistem MySafeTravel mula dibuka mulai 26 November 2021. Pautan ke sesawang ini boleh dicapai melalui https://mysafetravel.gov.my/

Melalui sistem tersebut, semua warganegara asing adalah diwajibkan membuat bayaran fi ujian pengesanan COVID-19 dan kos kuarantin melalui MySafeTravel, manakala warganegara Malaysia boleh menggunakan sistem tersebut untuk membuat bayaran ujian pengesanan COVID-19. Semua bayaran ini perlu dibuat sebelum mereka mendarat di Malaysia. 

Pelaksanaan ini adalah selaras dengan dasar Kerajaan untuk mewujudkan Cashless Society di Malaysia dengan merancakkan penggunaan e-pembayaran dan mengurangkan pembayaran secara tunai. 

Kaedah Pembayaran

MySafeTravel dilengkapi dengan kaedah pembayaran yang mudah dan selamat secara online (FPX, AMEX, VISA dan Mastercard). Sistem ini dibangunkan dengan teknologi PHP Laravel Framework dan diintegasikan dengan aplikasi mudah alih MyQR by MyEG serta sistem portal admin (dashboard) untuk kegunaan pentadbir sistem di KKM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan MyEG.

Segala ketetapan pada MySafeTravel adalah mengikut arahan-arahan terkini daripada pihak Kerajaan khususnya KKM dan NADMA.

Cara Pendaftaran MySafeTravel

Pengembara yang masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land perlu mendaftar di https://mysafetravel.gov.my/ manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura, perlu membuat pendaftaran di https://go.gov.sg/vtl-portal.

Pendaftaran ini adalah wajib sebelum sebarang pembelian tiket dibuat.

Butiran tentang keperluan VTL-Land boleh didapati di https://www.miti.gov.my
dan https://www.safetravel.ica.gov.sg/.


Kategori : Cara Mohon MySafeTravel VTL-Land
Baca Juga : Mohon Bantuan RM60,000 Untuk Bina Rumah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *