Cara Daftar STPM

Cara Daftar STPM Online 2023

Spread the love

Cara Daftar STPM Online 2023

Perhatian untuk pelajar yang telah berjaya masuk ke Tingkatan 6, pendaftaran untuk peperiksaan STPM 2023 sudah dibuka seperti tarikh yang dinyatakan di bawah ini. Pendaftaran peperiksaan STPM 2023 ini boleh dilakukan secara atas talian (online) di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Di bawah kami kongsikan cara melakukan pendaftaran bagi memohon menduduki peperiksaan STPM. Lakukan pendaftaran sekarang sebelum tarikh tamat.

Baca juga artikel berkaitan : Cara Semak Politeknik

APA ITU STPM

STPM adalah ringkasan kepada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan prauniversiti yang diiktiraf oleh kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa terutamanya universiti di negara Komanwel dan Amerika Syarikat. STPM juga dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia yang juga menyediakan Malaysian University English Test.

TARIKH PENDAFTARAN STPM 2023

Calon boleh mula membuat permohonan pendaftaran STPM bagi sesi 2023 bermula pada :

PERKARATARIKH
Tarikh Daftar STPM 2023Bermula pada 1 Ogos 2022 (Isnin) sehingga 30 Ogos 2022 (Selasa).

CARA NAK DAFTAR STPM

Ini adalah panduan lengkap cara daftar STPM online.

PERKARAPAUTAN
Pendaftaran STPM onlinehttps://online.mpm.edu.my/

Untuk perhatian semua pihak, untuk pendaftaran calon sekolah kerajaan dan sekolah swasta dibuat oleh sekolah atau institusi.

Manakala, bagi calon persendirian boleh rujuk di sini :

CARA DAFTAR STPM CALON PERSENDIRIAN

Bagi calon sekolah swasta dan calon persendirian individu hanya boleh membeli PIN MEC secara online sahaja melalui pautan di bawah ini :

PERKARAPAUTAN
Beli Pin MEChttps://mypay.com.my/web/mpm
  1. Klik pautan rasmi pembelian PIN MEC STPM di atas.
  2. Calon akan dibawa ke Laman Utama MPM Pembelian No. Pin.
  3. Masukkan Nama Penuh calon.
  4. Jenis ID.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
  6. Isi Nombor Telefon yang aktif.
  7. Isi Emel yang boleh diakses.
  8. Pilih Servis [STPM].
  9. Masukkan Jumlah Subjek.
  10. Jumlah Bayaran akan dipaparkan.
  11. Klik Teruskan.

SYARAT KELAYAKAN DAFTAR STPM

Calon yang mempunyai satu daripada kelayakan yang berikut, termasuk lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), layak menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

  • Sijil Pelajaran Malaysia tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya
  • Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional)
  • Malaysia Certificate of Education
  • Federation of Malaya Certificate of Education
  • Cambridge School Certificate
  • GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang diperoleh dalam satu peperiksaan)
  • SPM tahun 2000 hingga tahun 2017 yang diperoleh dalam satu peperiksaan dengan mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi 3 mata pelajaran atau sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus empat mata pelajaran.

BAYARAN PEPERIKSAAN STPM

PERKARABAYARAN
Bayaran asasRM120
Bayaran setiap mata pelajaranRM90
Caj mengulang peperiksaan bertulis per kertasRM50

Perhatian :

  1. Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (calon jenis 1, 7, dan 8) dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan (Bayaran asas dan bayaran setiap mata pelajaran).
  2. Bagi calon sekolah swasta (calon jenis 2) dan calon persendirian individu (calon jenis 3), bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang soalan dan pertanyaan calon boleh ajukan ke emel stpm@mpm.edu.my.

Join Channel Rasmi Info Berkenaan Biasiswa Pelajaran, Tips Temuduga, Bantuan Pelajaran & Maklumat Am Bantuan Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia : https://t.me/rumahlejen

Kategori : Cara Daftar STPM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *