Cara Carum PERKESO

Cara Carum PERKESO Untuk Kerja Sendiri

Spread the love

Cara Carum PERKESO

Tahukah anda sekiranya anda bekerja sendiri atau lebih dikenali sebagai gig workers, anda boleh mula mencarum PERKESO sebagai ikhtiar sebagai insuran perlindungan anda semasa menjalankan aktiviti pekerjaan. Perlindungan yang ditawarkan ini termasuklah penyakit pekerjaan dan juga kemalangan semasa menjalankan pekerjaan.

Inisiatif PERKESO menawarkan caruman kepada pekerja yang bekerja sendiri ini dinamakan sebagai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang kini telah diperluaskan kepada 19 sektor tidak formal lain di seluruh negara.

Inisiatif itu boleh memanfaatkan kira-kira 2.8 juta orang bekerja sendiri (OBS) yang mempunyai taraf warganegara atau pemastautin tetap Malaysia tanpa mengira had umur, sekali gus membolehkan mereka mendaftar dan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Langkah memperluaskan skim itu dilaksana susulan Perintah Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Pindaan Jadual Pertama) 2019 dalam warta Kerajaan Persekutuan, PU (A) 374/2019.

Berkenaan caruman PERKESO, nilai caruman boleh dibuat pada kadar serendah RM157.20 setahun atau RM13.10 sebulan.

Dengan bayaran caruman ini, OBS akan terus mendapat perlindungan SKSPS seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah pengurusan mayat, faedah pendidikan serta kemudahan pemulihan jasmani, vokasional termasuk kembali bekerja (RTW).

Skim ini juga turut meliputi 19 sektor tidak formal seperti perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan, pertanian, pengambilan hasil hutan, perikanan, penyediaan dan penjualan makanan, aktiviti pengilangan produk, kerja pembinaan, menjaja atau berniaga.

Malahan, termasuk juga dalam perlindungan ini adalah untuk mereka yang menjalankan perkhidmatan premis penginapan, perniagaan dalam talian, perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat, perkhidmatan pengumpulan dan pemproses data, perkhidmatan ejen, perkhidmatan profesional, khidmat sokongan persendirian, aktiviti persembahan, perfileman, karya seni dan grafik, perkhidmatan penjagaan, perawatan dan pemulihan kesihatan serta perkhidmatan isi rumah turut disenarai dalam skim ini,

Oleh itu, sekiranya anda merupakan seorang yang bekerja sendiri, anda boleh mula mendaftar terus secara dalam talian menerusi pautan https://matrix.perkeso.gov.my atau bayaran tunai di mana-mana pejabat PERKESO yang berhampiran.

Di bawah kami akan sertakan maklumat lanjut dan panduan lebih terperinci tentang caruman PERKESO untuk anda yang bekerja sendiri terutamanya berkenaan cara carum PERKESO :


Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang diperlukan untuk mendaftar Perkeso adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia / permaustautin tetap tanpa mengira had umur
  • Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi yang ingin mendaftar Perkeso untuk diri sendiri anda perlu serta dokumen yang diperlukan seperti di bawah :

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan lesen / kad pemandu / profil e-hailing / permit / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih

    Cara Bayar Caruman

    Pembayaran caruman boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu :
  • Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO
  • Kaedah online melalui online banking di matrix.perkeso.gov.my (pilih butang ‘bantuan’ untuk panduan)
  • Pembayaran caruman boleh dibuat secara tahunan atau bulanan


Cara Mohon Dan Daftar Untuk Pertama Kali Login MATRIX PERKESO


Bagi anda yang merupakan pengguna kali pertama di portal MATRIX PERKESO, berikut merupakan langkah yang anda perlu buat :

  1. Masuk ke laman web MATRIX PERKESO di pautan ini : https://matrix.perkeso.gov.my/
  2. Klik pada “Kali Pertama? Daftar akaun MATRIX “.
  3. Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti jenis ID, nama, email, nombor IC dan nombor telefon.
  4. Klik kotak saya bersetuju dan telah membaca Terma dan Syarat serta kotak ‘Saya bukan robot ‘.
  5. Masukkan ungkapan Captcha yang tertera.
  6. Klik pada butang ‘Seterusnya’.
  7. Token OTP akan dihantar ke nombor telefon anda.
  8. OTP telah dihantar ke nombor telefon anda. Klik ‘Hantar Semula’ jika anda tidak menerima OTP selepas 30 minit.
  9. Masukkan nombor OTP yang diterima.
  10. Klik butang ‘Seterusnya’.
  11. Apabila OTP berjaya, mesej pendaftaran berjaya akan dipaparkan. Pautan Verifikasi akan dihantar ke Emel anda.
  12. Semak email anda dan Klik butang ‘disini’ atau klik pada URL yang disediakan di dalam email yang telah dihantar tadi.
  13. Pautan tersebut akan membawa anda ke laman sesawang MATRIX untuk melengkapkan proses pengaktifan.
  14. Seterusnya, apabila anda telah dibawa ke portal MATRIX, semua maklumat anda secara automatik telah diisi. Anda hanya perlu masukkan Ungkapan Rahsia, Kata Laluan & Pengesahan Kata Laluan.
  15. Klik Seterusnya anda akan dibawa ke laman utama (Log Masuk).
  16. Tahniah! Anda telah berjaya melengkapkan pendaftaran di MATRIX dan anda terus boleh Login macam biasa.

Cara Carum PERKESO

Bagi anda yang ingin terus mula mencarum, ada harus sediakan siap-siap akaun internet banking untuk buat pembayaran dalam talian nanti. Perlindungan akan dimulakan selepas pembayaran diterima dan resit dikeluarkan. Berikut langkah-langkah untuk anda mula mencarum :

  1. Setelah anda login masuk ke dalam sistem MATRIX, Pilih Mod Saya Berkerja Sendiri.
  2. Klik Daftar di panel Pendaftaran & Caruman.
  3. Anda akan dibawa ke halaman pendaftaran caruman
  4. Pilih sektor. Pada halaman pendaftaran, pilih salah satu sektor dari senarai. Klik Hantar.
    (Jika sebelum ini anda telah berdaftar dalam mana-mana sektor, sektor yang sama tidak perlu didaftarkan semula)
  5. Di halaman Pendaftaran, isikan semua maklumat yang diminta. Semua ruangan bertanda * adalah wajib diisi.
  6. Pilih Pelan Caruman dan tempoh perlindungan anda pada ruang Bulan Caruman .
  7. Pastikan anda telah membaca dan klik pada Terma dan Syarat.
  8. Klik Hantar & Bayar. (maklumat yang telah dihantar adalah muktamad, Pindaan hanya boleh dibuat oleh PERKESO).
  9. Di halaman bayar sekarang, pastikan anda telah klik dan membaca Terma dan Syarat.
  10. Seterusnya, Klik Bayar dengan FPX.
  11. Pilih Bank anda.
  12. Klik Bayar dengan FPX.
  13. Log masuk maklumat online banking anda.
  14. Buat pembayaran/transaksi.
  15. Selepas membuat transaksi, anda akan dibawa ke halaman MAKLUMAT BAYARAN semula.
  16. Di halaman Maklumat Pembayaran, semua maklumat berkaitan transaksi akan dipaparkan.
  17. Di sinilah anda perlu muat turun resit. Setelah pembayaran berjaya, e-resit akan dikeluarkan. Perlindungan bermula
  18. Tahniah! Anda sudah lengkap mencarum PERKESO.

Kadar Caruman

Kadar caruman berdasarkan pilihan seperti di bawah :

  • Pelan 1
    a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM 1,050
    b) Bayaran Caruman Bulanan : RM 13.10
    c) Byaran Caruman Setahun : RM 157.20
  • Pelan 2
    a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM 1,550
    b) Bayaran Caruman Bulanan : RM 19.40
    c) Byaran Caruman Setahun : RM 232.80
  • Pelan 3
    a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM 2,950
    b) Bayaran Caruman Bulanan : RM 36.90
    c) Byaran Caruman Setahun : RM 442.80
  • Pelan 4
    a) Pendapatan Bulanan Pilihan Yang Diinsuranskan : RM 3,950
    b) Bayaran Caruman Bulanan : RM 49.40
    c) Byaran Caruman Setahun : RM 592.80

Faedah Caruman Yang Boleh Dapat

Jika anda membuat caruman Perkeso, terdapat beberapa faedah yang boleh anda terima iaitu :

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Akal
  • Faedah Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional
  • Faedah Pendidikan

Faedah Perubatan

  • Rawatan perubatan secara pervuma di klinik panel PERKESO atau klinik / hospital Kerajaan akan diberikan kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekerjaan sendiri
  • Membuat tuntutan bayaran ganti kos rawatan di Pejabat PERKESO

Faedah Hilang Upaya Sementara

  • Faedah ini akan dibayar kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang ditimpa bencana pekeraan sendiri sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor. Tempoh cuti sakit mestilah sekurang-kurangnya empat hari termasuk hari kemalangn
  • Perlu kemukan sijil cuti sakit
  • Kadar bayaran RM30.00 – RM 105.33 sehari berdasarkan pelan caruman yang dipilih

Faedah Hilang Upaya Kekal

  • Faedah ini adalah untuk orang yang hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan keupayaan seseorang untuk menjalankan pekerjaannya. Tuntutan boleh dibuat selepas tamat tempoh cuti sakit
  • Kadar bayaran sebanyak 90% dari pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan
  • Contoh pengiraan Faedah Hilang Upaya Kekal (bayaran pukal) jika taksiran sama dengan 20% dengan faktor umur 8873 (umur bawah 20 tahun) dan kadar caruman RM592.80.
    = (RM3,950 X 90% ÷ 30 hari) X 20% X 8873
    = RM210,290.10

Elaun Layanan Sentiasa

  • Elaun ini akan diberikan kepada orang berinsurans bekerja sendiri yang tidak berdaya dengan teruknya akibat bencana pekerjaan sendiri sehingga memerlukan layanan tersendiri oleh orang lain
  • Elaun bulanan adalah sebanyak RM500.00

Faedah Orang Tanggungan 

  • Faedah ini akan dibayar secara bulanan kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat bencana pekerjaan sendiri
  • Kadar bayaran sebanyak 90% daripada pilihan pendapatan bulanan yang diinsuranskan
  • Orang Tanggung yang layak ialah Balu atau Duda dan anak yang berumur di bawah 21 tahun. Jika tiada balu, duda atau anak, orang tanggungannya ialah :
    – Ibu atau bapa; atau
    – Adik-beradik berumur dibawah 21 tahun; atau
    – Datuk nenek
  • Faedah sepenjang hayat akan diterima oleh duda/balu, ibu/bapa, datuk/nenek
  • Anak menerima faedah sehingga berumur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal). Jika sedang belajar di IPT, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)

Berikut contoh pengiraan Bayaran Faedah Orang Tanggungan kepada Isteri dan Anak

  • Pelan 1
    a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 1,050
    b) Pencen Bulanan : RM 1,050 X 90% = RM 945.00
  • Pelan 2
    a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 1,550
    b) Pencen Bulanan : RM 1,550 X 90% = RM 1,395.00
  • Pelan 3
    a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 2,950
    b) Pencen Bulanan : RM 2,950 X 90% = RM 2,655.00
  • Pelan 4
    a) Pendapatan Bulanan Pilihan yang Diinsuranskan : RM 3,950
    b) Pencen Bulanan : RM 3.950 X 90% = RM 3,555.00

Faedah Pengurusan Mayat

  • Faedah ini akan dibayar sebanyak RM2,000 kepada orang tanggungan yang layak sekiranya orang berinsurans bekerja sendiri meninggal dunia akibat daripada bencana pekerjaan sendiri atau semasa menerima faedah hilang upaya

Kemudahan Pemulihan Jasmani Atau Vokasional

  • Kemudahan ini akan diberi secara percuma
  • Pemulihan jasmani adalah seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, anggota tiruan, rawatan hemodialisis, kerusi roda, tilam khas, tongkat, commode chair, lampin dan lain-lain
  • Kemudahan vokasional seperti latihan dalam bidang elektrikal, jahitan, membaiki radio dan lain-lain

Faedah Pendidikan

  • Faedah pendidikan yang akan diberikan adalah dalam bentuk pinjaman atau biasiswa kepada anak bagi Orang Berinsurans bekerja sendiri yang mati akibat bencana pekerjaan sendiri atau menerima bayaran berkala faedah hilang upaya kekal dan memenuhi syarat-syarat kelayakan ditetapkan

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan cara daftar dan cara mencarum PERKESO ini, anda boleh dapatkan panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak PERKESO di link ini : https://matrix.perkeso.gov.my/mypass/signup dan tekan butang ‘Bantuan’.

Semoga dengan perkongsian kami kali ini berkenaan cara carum perkeso dapat membantu anda yang gigih mencari nafkah untuk keluarga dengan inisiatif bekerja sendiri. Zaman sekarang adalah zaman ekonomi gigs. Fenomena bekerja sendiri telah menjadi satu trend di seluruh dunia kerana tawaran fleksibiliti dan ganjaran yang ditawarkan kadang-kadang lebih tinggi daripada bekerja makan gaji. Jadi keistimewaan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada kita golongan bekerja sendiri seperti caruman PERKESO ini harus kita ambil peluang sebaik mungkin. Selamat maju jaya kami ucapkan.

Kategori : Cara Carum PERKESO

Baca juga artikel berkenaan : Tawaran Mikro Kredit Oleh Tekun

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan program bantuan kerajaan seperti ini, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *