BTR 2023

BTR 2023 : Bantuan Tunai Rakyat 2023

Spread the love

BTR 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) adalah bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa perbentangan Mini Belanjawan Kerajaan Perpaduan 2023. BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, yang mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Mengambil kira beban yang sedang ditanggung rakyat saat ini dan juga untuk menampung keperluan akibat bencana musim tengkujuh, bantuan dalam bentuk tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini akan diteruskan dan disegerakan pada awal tahun 2023.

Menurut Perdana Menteri, Bantuan Tunai Rakyat 2023 ini akan memanfaatkan hampir (9) sembilan juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

TARIKH BAYARAN BTR FASA 1 2023

Tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat terutamanya dengan kesukaran yang dialami semasa musim banjir akhir tahun baru-baru ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan lebih awal pada Januari tahun 2023 nanti.

JUMLAH PEMBAYARAN BTR FASA 1 2023

Info yang didapati buat masa ini seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima bantuan sebanyak RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM100.
(Segala pindaan akan dikemaskini apabila pengumuman rasmi diumumkan nanti).

PORTAL RASMI BTR

Buat masa sekarang, pihak kerajaan masih lagi belum mengumumkan sama ada portal rasmi Bantuan Tunai Rakyat akan diwujudkan melalui portal baru seperti btr.hasil.gov.my atau akan menggunakan portal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang sedia ada.

Namun begitu, pihak kami akan membantu anda untuk mendapatkan info awal sekiranya terdapat perubahan baru terhadap portal rasmi BTR ini. Sila join channel rasmi Info Bantuan Tunai Rakyat 2023 di sini untuk mendapatkan info awal dan pantas tentang Portal Rasmi BTR 2023.

Join Channel Info Terkini BTR 2023 di sini : https://t.me/rumahlejen

CARA PERMOHONAN BTR

CARA DAFTAR/REGISTER BANTUAN TUNAI RAKYAT 2023

ADAKAH PERLU LAKUKAN PERMOHONAN BARU BAGI BTR 2023?

Sebagai makluman, kerajaan belum lagi memaklumkan sebarang cara untuk memohon Bantuan BTR ini. Hal ini kerana, bantuan ini baharu sahaja diumumkan oleh PM ke-10 baru-baru ini dan kerajaan sedang mengusahakan dan meneliti mekanisma yang akan dilaksanakan nanti.

Namun begitu, jika dilihat berdasarkan kesemua permohonan bantuan kerajaan Malaysia sebelum ini iaitu seperti BKM, BPR & BSH, permohonan boleh dilakukan melalui atas talian (online) dan juga disediakan borang.

Untuk mendapatkan info awal berkenaan dengan permohonan BTR 2023 ini, anda boleh join Channel Rasmi Info Bantuan BTR di pautan maklumat portal rasmi Bantuan Tunai Rakyat. Pihak kami akan kemaskini info terkini dan terbaru di dalam channel tersebut untuk hebahan anda semua.

Sebelum ini, permohonan Bantuan Keluarga Malaysia boleh di mohon di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/ dan sekiranya pihak kerajaan telah mengubah pautan tersebut kepada https://btr.hasil.gov.my, pihak kami akan maklumkan anda dengan kadar segera di dalam channel tersebut.

SEMAKAN BTR 2023

CARA CHECK STATUS BANTUAN TUNAI RAKYAT

Anda boleh semak bayaran bantuan BTR di pautan ini : (Akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi. Sila join channel yang telah disediakan untuk dapatkan maklumat lebih pantas dan terkini.)

INISIATIF BAJET MINI 2023 YANG DIBENTANGKAN OLEH PM-10

Di bawah adalah senarai intipati Mini Bajet 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim :

  1. Bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.
  2. Bayaran Bantuan BTR 2023 Fasa 1 diteruskan dan diawalkan pada Januari ini. Bantuan ini melibatkan RM300 untuk isi rumah dan RM100 untuk individu bujang.
  3. Bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini.
  4. Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas RM100 kepada penjawat awam Gred 11 ke 56 dan Bantuan Kewangan Khas RM700 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.

Sila join channel rasmi Info Bantuan Tunai Rakyat 2023 di sini untuk mendapatkan info awal dan pantas tentang Portal Rasmi BTR 2023. Join Channel Info Terkini BTR 2023 di sini : https://t.me/rumahlejen

Baca juga : Senarai Bantuan Kerajaan Pada Tahun 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *