BONUS PENJAWAT AWAM

Bonus Penjawat Awam 2023 (Tarikh & Jumlah Bantuan Khas)

Spread the love

BONUS PENJAWAT AWAM

Di dalam perbentangan mini bajet 2023 baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah sebanyak RM700 dan sejuta pesara kerajaan sebanyak RM350.

Menurut Perdana Menteri, Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” ujar Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023.

Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran emolumen penjawat awam.

Ia susulan Rang Undang-Undang Perbekalan bagi tahun 2023 (Bajet 2023) tidak akan diluluskan Parlimen sebelum 1 Jan 2023, maka peruntukan perlu dikeluarkan untuk perbelanjaan dalam tahun 2023 bagi tempoh dari 1 Jan sehingga tarikh Rang Undang-Undang Perbekalan bagi 2023 menjadi undang-undang dan mula berkuat kuasa.

Sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktober lalu, kerajaan pimpinan mantan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Bajet 2023 tidak sempat dibahas dan diluluskan.

BANTUAN KHAS KEWANGAN PENJAWAT AWAM (BKK) 2023


Bantuan Khas Kewangan RM700 diberikan bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 diteruskan kepada pesara pada Januari 2023.

Antara yang juga diteruskan ialah tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).

JUMLAH BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) PENJAWAT AWAM & PESARA 2023

Bantuan Khas_Kewangan (BKK) 2023

  • RM700 bagi penjawat awam gred 56 ke bawah
  • RM350 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen

TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) PENJAWAT AWAM 2023

Bayaran bagi BKK penjawat awam akan dilakukan pada tarikh 17 Januari 2023

Berapakah jumlah bonus Kakitangan Kerajaan Malaysia 2023?


Jumlah bonus yang diberikan ialah sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 untuk pesara.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dalam Facebooknya hari ini, memaklumkan pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen serta tidak berpencen akan menerima bantuan RM350 pada hari yang sama.

JPA turut memuat naik surat edaran yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah, Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Datuk Zulkapli Mohamed bertarikh 27 Dis 2022.

Menurut surat pekeliling tersebut, BKK tersebut layak diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang masih berkhidmat pada 17 Jan 2023 meliputi pegawai lantikan tetap, sementara dan Kontrak Perkhidmatan (COS); pegawai yang bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji dan pegawai yang bercuti tanpa gaji.

Ia juga layak dibayar kepada pegawai lantikan Malaysia Short-Term Employmen Programme (MySTEP) yang berkhidmat sekurang-kurangnya enam bulan pada 2022 dan masih berkhidmat sebagai MySTEP pada 17 Jan 2023.

PENUTUP

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan membantu anda.

Sila join channel rasmi kami di bawah ini untuk mendapatkan info terkini dengan awal dan pantas. Join di sini : https://t.me/rumahlejen

Baca juga : Pengeluaran ASB Secara Online
Kategori : BONUS PENJAWAT AWAM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *