BKC FASA 1 BUJANG

BKC FASA 1 BUJANG : CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS ONLINE & TARIKH BAYARAN

Spread the love

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. Bantuan ini juga turut diberikan kepada golongan bujang, iaitu golongan Miskin Tegar, B40 dan M40 yang berkelayakan. Disini kami kongsikan panduan bagi golongan bujang untuk membuat semakan BKC Fasa 1 Bujang secara online dan tarikh bayaran.

Baca juga artikel berkenaan : Semakan Bantuan JKM

Cara Membuat Semakan BKC Fasa 1 Bujang

Untuk membuat semakan status permohonan BKC bujang secara online, berikut adalah caranya:

  1. Layari Portal Rasmi BKChttps://bkc.hasil.gov.my)
  2. Klik Log Masuk atau Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad
  4. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  5. Masukkan Kata Laluan
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Amaun Keseluruhan Diterima
    • Maklumat Pembayaran
    • Paparan Borang

MAKLUMAT TARIKH BAYARAN BKC BUJANG

Berikut adalah maklumat bagi golongan bujang iaitu:

  1. Maklumat BKC Bujang Miskin Tegar
    1. Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,500 ke bawah(Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021).
    2. Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM500
    3. Bayaran BKC Fasa Pertama sebanyak RM200 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.
    4. Bayaran BKC Fasa Kedua sebanyak RM300 pula akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima pada bulan November 2021. (Tarikh sebenar pembayaran akan dimaklumkan nanti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri nanti)
  2. Maklumat BKC Bujang B40
    1. Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,500 ke bawah(Berdasarkan kriteria kelayakan BPR 2021).
    2. Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM200
    3. Bayaran BKC hanyalah pada Fasa Pertama sahaja sebanyak RM200 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.
  3. Maklumat BKC Bujang M40
    1. Mengikut syarat dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan, Bujang Miskin Tegar yang layak memohon ialah yang bergaji antara RM2,501 hingga RM5,000 (Berdasarkan pelaporan cukai pendapatan).
    2. Kadar bantuan BKC adalah sebanyak RM100
    3. Bayaran BKC hanyalah pada Fasa Pertama sahaja sebanyak RM100 dan akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank pada bermula pada 6 September 2021.

CARA DAFTAR BKC  BUJANG

Sekiranya anda pengguna baharu, berikut adalah merupakan cara daftar BKC:

  1. Layari Portal Rasmi BKC: https://bkc.hasil.gov.my
  2. Klik Log Masuk / Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  4. Sekiranya anda belum mendaftar MyBKC, paparan “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar” akan dipaparkan.
  5. Klik Daftar Akaun
  6. Maklumat Keselamatan. Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
    1. Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat asas yang dilaporkan pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian.
    2. Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
  7. Pendaftaran MyBKC (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
    1. Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
      1. Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
      2. Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
    2. Jawab 5 Soalan yang disediakan
      1. Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
      2. Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
    3. Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
    4. Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
      1. Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
      2. Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
  • Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBKC
  1. Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu BKC”. Anda boleh Log Masuk MyBKC / Semakan Status

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *