BIASISWA JPA 2022

BIASISWA JPA 2022 : CARA MOHON DAN TARIKH PERMOHONAN

Spread the love

BIASISWA JPA 2022 : CARA MOHON DAN TARIKH PERMOHONAN

Berita baik untuk lepasan SPM 2021, sekarang anda boleh mula memohon biasiswa-biasiswa atau tajaan pelajaran yang dibuka oleh pelbagai pihak termasuk pihak kerajaan sendiri, agensi, GLC serta institusi-institusi yang membuka peluang penajaan. Bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM baru-baru ini, sudah pasti anda ingin mencapai cita-cita melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Ada juga yang ingin menyambung pelajaran dalam negara, tetapi inginkan biasiswa bagi menampung kos sepanjang pengajian. Di sini kami akan kongsikan salah satu program penajaan yang diidam-idamkan oleh ramai pelajar cemerlang di luar sana. Program ini sudah dibuka sekarang. Baca maklumat lanjut di bawah :

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua Pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2021 yang memenuhi syarat-syarat kelayakan untuk memohon Program-Program Penajaan JPA menerusi 3 penajaan berikut:

  1. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)
  2. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
  3. Program Penajaan Nasional (PPN)

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang setiap program berikut:

Program-program Penajaan JPA Untuk Lepasan SPM 2021

1. Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ)

Penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2021 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  5. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

CARA PERMOHONAN

Untuk memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: https://esilav2.jpa.gov.my/

TARIKH PERMOHONAN : 16-26 Jun 2022

Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)

  • E-mel : lepasanspm2022@jpa.gov.my
  • Telefon : 03-8885 3297

2. Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)

Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM) adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2021) yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara.

Penajaan secara berpakej daripada peringkat persediaan hingga Ijazah Pertama akan ditawarkan bagi calon yang layak.

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  5. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  6. Keutamaan dberikan kepada calon daripada latarbelakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.

TARIKH PERMOHONAN : 20-26 Jun 2022

CARA PERMOHONAN

Untuk memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: https://esilav2.jpa.gov.my/

TARIKH PERMOHONAN : 16-26 Jun 2022

Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)

  • E-mel : lepasanspm2022@jpa.gov.my
  • Telefon : 03-8885 3297

3. Program Penajaan Nasional (PPN)

Program Penajaan Nasional (PPN) Tahun 2022 adalah penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan penajaan bagi mengikut pengajian peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan di 10 universiti terbaik dunia di Amerika Syarikat (USA) dan 10 universiti terbaik dunia di United Kingdom (UK).

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Ibu dan / atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA
  4. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.
  5. Menduduki SPM 2021 buat kali pertama
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

CARA PERMOHONAN

Untuk memohon, sila rujuk laman web JPA di lautan berikut: https://esilav2.jpa.gov.my/

TARIKH PERMOHONAN : 20-26 Jun 2022

Saluran pertanyaan (dibuka sepanjang tempoh permohonan)

  • E-mel : lepasanspm2022@jpa.gov.my
  • Telefon : 03-8885 3297

Jadi, jangan lepaskan peluang ini ye adik-adik. Sekali dapat biasiswa JPA, memang rasa kaya masa belajar dekat universiti nanti. Bila dah dapat keputusan permohonan, jangan lupa hubungi kami di rumahlejen.com ye. Sebab abang-abang kat sini ada tips macam mana nak lulus interview nanti. Guna pengalaman kami sendiri. Kami pun antara yang pernah layak mendapat tajaan JPA. Taknak terlepas info biasiswa apa lagi yang ada, dan tips-tips nak hadapi interview nanti, adik-adik wajib join group telegram kami di bawah ni :

Sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Baca juga artikel ini : Mohon dan Semak UPU Online 2022
Kategori : BIASISWA JPA 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *