Beli atau Sewa Rumah

BELI ATAU SEWA RUMAH : MANA LEBIH BAIK DALAM ERA COVID-19?

Spread the love

Adakah anda dalam dilema sama ada nak beli atau sewa rumah dalam musim pandemik Covid-19 ini? Mari kita telusuri bersama sudut pandang kami berkenaan hal ini.

Rumah merupakan aset. Harga makin naik. Untuk jangka panjang,ada yang beli kemudian jual pada harga yang lebih tinggi. Ada juga refinance semula untuk buat loan baru,pada masa sama dapatkan cashback untuk buat perkara lain seperti membaik pulih rumah,beli kenderaan,mulakan bisnes,suntikan dana dalam pelaburan,atau simpanan asb atau beli sebuah rumah lagi dengan harga tunai.

Ringkas kata,ikut kemampuan. Nampak cliche tapi itulah hakikatnya. Ringkas tapi profound. Jangan terikkan loan semata-mata beli rumah,merana di kemudian hari.Kalau sudi merana,bolehlah ambil jalan ni. Ada yang cakap,nanti gaji akan naik,rasa lebih legalah. Ada sedikit benar.Bukan benar 100% Kerana, harga segala barang pun akan turut naik juga.

Ada yang kata,jangan tunggu lama-lama,sambil bandingkan harga rumah puluh tahun dulu dan sekarang.Jadi kita rasa panik.Jangan panik.Cuba fikir.Harga nasi lemak puluh tahun dulu dengan sekarang? Sama? Orang tetap boleh beli nasi lemak. Maksud saya disini jangan terkejar-kejar dalam rat race. Ambil masa.

Walaupun anda merupakan seorang kakitangan kerajaan dan ingin memanfaatkan kemudahan pinjaman LPPSA. Kalau mampu sewa,sewa dulu.Kalau gaji besar tapi tiada jaminan kerja berapa lama lagi,sewa dulu,kalau nak beli,beli cash.

Baca juga mengenai ebantuan JKM.

Kelebihan menyewa ni kita ada mobiliti tinggi. Kalau bertukar tempat kerja,kita pindah dan sewa rumah baru.Kalau beli,dan kita kena pindah jauh sangat dari rumah, kita jadi 2 komitmen. Rumah sewa dan rumah yang dibeli dengan pinjaman bank.

Ada yang beli dulu dan sewakan.Pun boleh.Untuk dapat +ve cash flow.Tapi ada berlaku keadaan,sewa kita tak lepas untuk bayar loan.Jadi, ada yang ambil idea,sewa bilik. Itu pun satu idea bagus juga. Ada yang jadikan homestay.

Beli dengan pinjaman pun bagus. Maksudnya beli untuk tinggal.Bukan untuk pelaburan.Beli yang dekat dengan tempat kerja atau tempat bisnes.Itu satu.Kalau nak jauh,kalau nak jimat,naik motosikal. Kalau kena kereta juga,itu kita kiralah sama ada ok atau tak.

Ada yang pilih suasana.Nak tinggal dekat dengan bandar,tapi mahukan suasana kampung. Itu bagus untuk psikologi. Rumah bukan sekadar tempat tinggal tapi juga tempat merehatkan minda,santai dan menyamankan jiwa raga. Bila pilih rumah sama ada sewa atau beli, tengok feel.

Rasa,fikir,tengok keadaan jiran,suasana persekitaran,cuaca seperti matahari menghadap ke mana? Adakah pagi jiran aktif atau petang ada riadah?

Bagi saya beli atau sewa rumah itu terpulang dan hanyalah faktor kedua.Faktor pertama ialah adakah anda suka tinggal disitu? Jika ya,teruskan.Beli atau sewa? Hentam sajalah.

Sekian Terima kasih.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *