Bayar Saman Melalui Mesin ATM

Bayar Saman Melalui Mesin ATM

Spread the love

Bayar Saman Melalui Mesin ATM

Tahukah anda bahawa selain daripada membayar saman melalui kaunter atau secara online melalui portal-portal khas untuk membayar saman, anda juga boleh membayar saman melalui mesin atm.

Ramai kan yang masih tidak tahu cara ni. Pada musim-musim orang berebut nak bayar saman ni, apa kata anda guna cara yang jarang orang guna, iaitu bayar melalui mesin atm.

Kalau dekat kaunter, ramai sangat orang beratur. Dekat online website pun sampai hang dan jem. Anda elakkan semua cabaran tu dengan membayar melalui cara ini.

Di bawah ini kami akan kongsikan dengan anda cara mudah untuk anda membayar saman melalui mesin ATM :

Bayar Saman Melalui Mesin ATM Maybank

  1. TEKAN PAYBILLS
  2. TEKAN PEMBAYARAN SAMAN PDRM
  3. TERUSKAN
  4. MASUK KAN NO IC
  5. TEKAN UTK BUAT BAYARAN

Selesai . Mudah bukan?

Selesai pembayaran ini, sila simpan resit untuk rujukan akan datang. Lebih bagus, lepas bayar saman polis kat ATM Maybank, terus cuba call pihak Trafik (Polis Trafik) untuk bertanyakan status saman korang.

Kebiasannya jika kita menggunakan mesin ATM, urusannya lebih cepat. Rekod saman pada pihak polis pun akan terpadam sejurus pembayaran dibuat.

Untuk pembayaran saman melalui bank-bank lain, pihak kami belum mendapat maklumat penuh mengenainya. Nanti kami akan kemaskini maklumat baru berkenaan cara bayar saman melalui atm bank lain sejurus kami menerima maklumat mengenainya.

Jika anda ingin melakukan pembayaran saman untuk JPJ pula, ini adalah langkahnya :

CARA BAYAR SAMAN JPJ ONLINE 2022

Untuk membuat bayaran saman online melalui MySikap, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah :-

  1. Layari Portal MySikap https://public.jpj.gov.my/public/login.
  2. Sekiranya ada ID, boleh login seperti biasa. Jika masih belum ada ID, klik log masuk kali pertama.
  3. Setelah berjaya login, pilih menu Kesalahan dan Penalti.
  4. Tekan butang Cari untuk lihat saman yang ada.
  5. Paparan saman akan ditunjukkan. Lihat pada status kompaun, Boleh Dikompaun bermakna boleh dibayar.
  6. Bila dah klik pada kotak kecil, jumlah saman akan dipaparkan.
  7. Pilih kaedah pembayaran.
  8. Buat pembayaran dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.
  9. Tekan butang Teruskan dan masukkan nombor TAC sampai berjaya.
  10. Resit akan dipaparkan apabila proses pembayaran selesai.

Demikian sahaja perkongsian kami kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada anda dalam menyelesaikan masalah saman anda.

Jika anda mempunyai masa, anda boleh juga melanjutkan pembacaan di artikel kami berkenaan Cara Semak Saman Menggunakan Portal RILEK. Anda boleh tekan link ini : https://rumahlejen.com/semak-saman-guna-rilek/

Untuk menjadi yang terawal mendapat info-info bermanfaat seperti ini dan juga program bantuan kerajaan, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Kategori : Bayar Saman Melalui Mesin ATM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *