Bantuan Kanak-Kanak BKK JKM 2022 RM1000

Bantuan Kanak-Kanak BKK JKM 2022 RM1000

Spread the love

Bantuan Kanak-Kanak BKK JKM 2022 RM1000

Baru-baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan kenaikan Bantuan JKM kepada RM1000 untuk kategori Bantuan Kanak Kanak. Hal ini berdasarkan bajet yang telah diumumkan sejak 2021 oleh YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Peningkatan dalam bantuan ini dibuat selari dengan peningkatan kos sara hidup masa kini. Justeru, bagi mengetahui dengan lebih lanjut sila baca perkongsian yang kami telah sediakan dibawah ini :

KADAR BANTUAN

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

1. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah

2. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun

3. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

KRITERIA KELAYAKAN 

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.

2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun

4. Untuk warga yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

CARA MOHON BANTUAN KANAK KANAK (BKK) JKM

Bagi memohon bantuan kanak-kanak JKM ini, terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan seperti berikut:

  1. Permohonan secara atas talian (online).
  2. Permohonan manual di pejabat JKM yang berhampiran.

MOHON SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

Untuk memohon secara atas talian and perlu layari pautan ini: http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

Sila lengkapkan maklumat yang diminta supaya permohonan bantuan kanak-kanak anda akan diterima dan diproses.

MOHON SECARA MANUAL DI PEJABAT JKM

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.

2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama.

3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.

4. Salinan penyata gaji (jika ada).

5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

6. Cetak borang di bawah dan bawa ke Pejabat JKM:

TUJUAN BANTUAN KANAK KANAK (BKK) JKM

1. Membantu keluarga / penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada /  kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan dengan lebih mudah dan layak menerima bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan ini.

Untuk menjadi yang terawal mendapat info berkenaan pengumuman dan bantuan kerajaan, sila join channel telegram disini: https://t.me/rumahlejen

Baca juga artikel berkenaan :Cara Semak Dividen KWSP

Kategori : Bantuan Kanak-Kanak BKK JKM 2022 RM1000

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *